CARA MENGIRA ANGGARAN METER KWJ-TNB (BILL ELEKTRIK) PREMIS ANDA
Principal KWH
Example from sharing mmber :
Daripada Clamp Test di Pengalir Fasa untuk melihat Arus(Ampere)atau faktor Arus dari Beban guna semasa.(1&3 phase)
●Ex.A (9ampere)
1. 9A x 240v = 2160watt.
2. 2160w/1000 = 2.16kw.
3. 2.16 x 12jam = 25.92kwj.
4. 25.92kwj x rate 0.218sen = rm 5.65
5. Rm 5.65 x 30 Hari = Rm175 .
●Formula sdb
____________
Untuk mendapatkan nilai kuasa bagi barangan elektrik yang digunakan adalah dengan nilai anggaran maxima.
Kuasa barang itu dalam nilai WATT.
Kuasa barang itu dalam nilai WATT.
Anda boleh google berapa nilai WATT barangan anda dan nilai WATT barangan elektrik anda boleh diambil secara anggaran.Jika rajin,anda boleh memeriksa label faktor kuasa di setiap barang anda.
Hanya dapatkan jumlah yang tertulis dalam kata W,LOAD,atau WATT.
Dan melakukan kiraan seperti dibawah.
Dan melakukan kiraan seperti dibawah.
1.Lampu...?
2.Kipas...?
3.Mesin basuh..?
4.Mesin lain...?
5.Handphone..?
6.Komputer..?
7.Vacume
8.Alatan2 pemanas
9.Alatan memasak
...dan semua alatan elektrik setiap satu yang digunakan untuk mendapatkan jumlah WATT keseluruhan atau BEBAN SERENTAK.
_______________________
2.Kipas...?
3.Mesin basuh..?
4.Mesin lain...?
5.Handphone..?
6.Komputer..?
7.Vacume
8.Alatan2 pemanas
9.Alatan memasak
...dan semua alatan elektrik setiap satu yang digunakan untuk mendapatkan jumlah WATT keseluruhan atau BEBAN SERENTAK.
_______________________
Berikut adalah perkongsian contoh kiraan asas.(Anda boleh abaikan rumus-rumus prinsip dibawah dan boleh terus kepada pengiraan keseluruhan KUASA BEBAN GUNA dibawah dan boleh rujuk jumlah tariff TNB terkini mengikut fasa atau tahun.
Mengira bil elektrik rumah anda sendiri
Adakah anda tahu bagaimana cara untuk mengira berapakah anggaran bil eletrik yang perlu anda bayar pada setiap bulan? Mari kita sama-sama pelajarinya di sini. Sebagai permulaan, kita perlu mengenali apakah yang dimaksudkan dengan Tenaga (Energy, W) dan Kuasa (Power, P).
Tenaga = kebolehan melakukan kerja, dikira dalam unit Joule.Kuasa = kadaran tenaga yang digunakan, dalam satu jangkamasa, dikira dalam unit Watt.
Rumus : P = W / t
Dalam mengira bil elektrik, kita menggunakan nilai kilo-watt-hour (kWh), atau dalam bahasa Melayu disebut kilo-watt-jam (kWj). Dalam erti kata lain, kita menghitung berapa kilowatt yang digunakan dalam masa satu jam.
Rumus : W = P t
Contoh : W = P t = (100 W) x (10 hour) = 1000 Wh @ 1000 Wj = 1 kWh @ 1 kWj
KUASA/BEBAN GUNA
Contoh pengiraan penggunaan alatan harian dalam satu hari seperti berikut :
Penggunaan :
6 Lampu kalimantang 38W digunakan selama 5 jam
1 Telivision 100W digunakan selama 4 jam
2 Kipas angin 60W digunakan selama 4 jam
1 Peti sejuk 700W digunakan 24 jam
1 Iron (penggosok baju) 1000W digunakan 30 minit (0.5 jam)
1 Cerek elektrik 1000W digunakan 15 minit (0.25 jam)
Pengiraan kWh
Lampu : 6 x 38 W x 5 h = 1140 Wh = 1.140 kWh
TV : 1 x 100 x 4 = 400 Wh = 0.4 kWh
Kipas : 2 x 60 x 4 = 480 Wh = 0.48 kWh
P.Sejuk : 1 x 700 x 24 = 16800 Wh = 16.8 kWh
Iron : 1 x 1000 x 0.5 = 500 Wh = 0.5 kWh
Cerek : 1 x 1000 x 0.25 = 250 Wh = 0.25 kWh
Jumlah penggunaan kWh dalam sehari adalah :
1.140 + 0.4 + 0.48 + 16.8 + 0.5 + 0.25 = 19.57 kWh
Katakan penggunaan yang sama dilakukan selama sebulan (30 hari) maka penggunaan adalah :
19.57 kWh x 30 hari = 587.1 kWh
Kadar bil elektrik yang perlu dibayar (ikut kadar TNB) (klik untuk jadual kadar tarif)
1. 200 kWh pertama (1 - 200 kWh) = (200*21.8)/100 = RM 43.60
2. 100 kWh seterusnya (201 - 300kWh) = (100*33.4)/100 = RM 33.40
3. 100 kWh seterusnya (301 - 400kWh) = (100*40.0)/100 = RM40.00
4. 100 kWh seterusnya (401 - 500kWh) = (100*40.2)/100 = RM 40.20
5. 100 kWh seterusnya (501 - 600kWh) = (87.10*41.6)/100 = RM 36.23
2. 100 kWh seterusnya (201 - 300kWh) = (100*33.4)/100 = RM 33.40
3. 100 kWh seterusnya (301 - 400kWh) = (100*40.0)/100 = RM40.00
4. 100 kWh seterusnya (401 - 500kWh) = (100*40.2)/100 = RM 40.20
5. 100 kWh seterusnya (501 - 600kWh) = (87.10*41.6)/100 = RM 36.23
Jumlah keseluruhan = RM 193.43
Maka, jumlah bil yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 193.43.
Untuk kaedah pengiraan secara atas talian, anda boleh merujuk kepada laman web TNB di sini.
bacaan kt meter tu dlm watt atau kilowatt?
ReplyDeletekilowat
DeleteBagaimana pengiraan dibuat utk smart meter yg baru maksudnya pengiraan Kwh bedasarksn bacaan semasa tolak bacaan dahulu. Utk meter baru bagaimana nak tengok jumlah bacaan meter lama ?
ReplyDelete